Pantun merupakan puisi Melayu lama yang membuktikan keprihatinan masyarakat silam terhadap alam dan budaya hidup serta kehalusan budi. Budaya hidup masyarakat Melayu tidak hanya berkisar mengenai rasa diri seperti kasih sayang, sedih pilu, ratap duka tetapi juga termasuk aspek-aspek sindiran, kiasan, kecintaan kepada tanah air dan lain-lain. Semuanya itu dalam bentuk pemikiran tersusun dan ungkapan indah melalui rangkap-rangkap pantun yang bukan sahaja menggambarkan perasaan tetapi penampilan pantun itu sendiri begitu menarik perhatian.
Walaupun masyarakat Melayu silam jarang berkebolehan menulis, mereka mengeluarkan kata-kata pantun dengan begitu indah dengan pelbagai maksud yang tersirat. Mereka berupaya berbalas-balas pantun di antara satu sama lain di pelbagai majlis kenduri, meminang dan berhibur seperti Joget Lambak dan Dondang Sayang. Malah Joget Lambak dan Dondang Sayang sangat sinonim dengan Negeri Melaka.
Contoh-contoh pantun:
Pokok hutan si pokok jati
ditebang orang dibuat bangsal
Sungguh pun tebal sayang di hati
fikirlah dulu sebelum menyesal
Naik perahu mudik ke hilir
singah sebentar di bukit Jawa
Telah ku renung telah ku fikir
tuan juga pilihan jiwa
Melaka masyhur negerinya satu
tempat budaya sejarah berseni
Dirimu jua sayang yang satu
tapi kenapa hatiku selemah ini
Wayang menora di atas panggung
wira berperang guna cemati
Kalau begini derita yang ku tanggung
dari hidup baik ku mati
Asah parang pegang di hulu
ulunya nangka ukiran selama
Ingatlah tuan sepurnama lalu
riangnya kita bak rama-rama

No comments:
Post a Comment